Home PolitikBarisan Nasional Muhyiddin tanding dua kerusi, Pakatan Harapan sudah tiada calon berwibawa

Muhyiddin tanding dua kerusi, Pakatan Harapan sudah tiada calon berwibawa

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 27 Mac – Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanding di dua kerusi di peringkat Parlimen dan DUN menunjukkan Pakatan Harapan (PH) sudah tiada calon yang berwibawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, PH tidak mempunyai pendirian tetap sama ada untuk bertanding di peringkat pusat atau pun di negeri.

“Pihak PH sebenarnya tamak kuasa dan khususnya Muhyiddin mungkin menang kerusi akan menjadi Menteri Besar dan tidak menjadi Perdana Menteri.

“Diperingkat kerajaan di semenanjung jarang sekali pemimpin Barisan Nasional (BN) bertanding dua kerusi Parlimen dan DUN kecuali di Negeri Sabah dan Sarawak.

“Tetapi ianya adalah amalan biasa bagi pihak pembangkang seperti Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi bertanding untuk dua kerusi sama ada Parlimen mahupun DUN, katanya ketika sidang media di Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia 2018 Peringat  Negeri Johor, di ADTEC Batu Pahat, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply