Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS beri pendidikan percuma, untuk kebaikan rakyat : Hadi Awang

PAS beri pendidikan percuma, untuk kebaikan rakyat : Hadi Awang

by Nurulhuda

Shah Alam, 25 Mac – Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia hari ini menganjurkan Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera yang melibatkan wakil pimpinan parti politik dan NGO yang bertujuan untuk membincangkan peranan anak muda dalam halatuju masa depan Malaysia.

Majlis dialog yang berlangsung di De Palma Hotel, Shah Alam dengan kehadiran hampir 100 anak muda pimpinan Pas telah mendengar sesi dialong dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Hj Awang.

Dalam sesi dialog berkenaan, Presiden PAS menjelaskan anak muda perlu ditekankan kepada pendidikan, sehubungan itu PAS akan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk masa depan yang lebih baik kepada anak muda.

“Pendidikan ini adalah rukun hidup, ia juga merupakan Fardu Ain yang perlu dituntut setiap umatnya” jelasnya lagi.

PAS akan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, dan ini merupakan konsep yang umum untuk kebaikan semua.

PAS bersama Gagasan Sejahtera telah melancarkan manifesto PAS pada 18 Mac 18 dengan menyenaraikan sembilan teras serta 20 tawaran utama. Dalam manifesto tersebut, Gagasan Sejahtera berjanji untuk melupuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meringankan beban anak muda.

Related Articles

Leave a Reply