Home Pertahanan dan Keselamatan JBB Rong Chang 8: Pencarian diteruskan, fokus di kawasan permukaan

JBB Rong Chang 8: Pencarian diteruskan, fokus di kawasan permukaan

by M.Daim

MUAR , 25 Mac – Pencarian sembilan lagi mangsa kapal JBB RONG CHANG 8 diteruskan hari ini dengan menumpukan pencarian di paras permukaan.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan,  Kepten Maritim Sanifah Bin Yusof berkata “Kerja-kerja menyelam di dalam bahagian kapal diberhentikan hari ini dan usaha pencarian baki krew kapal JBB RONG Chang 8 ditumpukan di permukaan meliputi kawasan seluas 360 batu nautika.

Kerja menyelam diberhentikan selepas selaman ke semua bahagian kapal telah dilakukan dan tidak menjumpai baki mangsa yang masih hilang”.

Setakat hari ini, lima  mangsa telah ditemui selamat dan kesemuanya masih lagi mendapatkan  rawatan di hospital.

Sepanjang usaha mencari dan menyelamat ini dijalankan, empat mayat telah ditemui. Dua mayat sudah dapat dikenal pasti dan dua lagi sedang menunggu pengesahan daripada ahli keluarga.

Komuniti maritim dan orang awam yang melihat atau menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai  sembilan lagi mangsa yang masih  belum ditemui diminta untuk segera melaporkan kepada Pasukan SAR yang berada di lokasi Pangkalan Hadapan Operasi  atau melaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat   di talian hot line  07- 4344020 atau 999.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!