Home Semasa Sah TMJ letak jawatan

Sah TMJ letak jawatan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ.

Related Articles

Leave a Reply