Home SemasaGlobal EU sokong Theresa May

EU sokong Theresa May

by Noor Sheila Amin

Brussels, 24 Mac – 28 pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyokong Perdana Menteri Britain, Theresa May menyalahkan Russia dalam cubaan meracun bekas ejennya di England menggunakan agen saraf dan bersetuju untuk memanggil pulang duta mereka ke Moscow.

Beberapa negara kini sedang mempertimbangkan untuk mengikut langkah Britain mengusir diplomat Russia, termasuk Lithuania dan Perancis.

May menekankan pentingnya tindak balas secara bersatu susulan serangan racun ke atas bekas ejen Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia di bandar Salisbury, England.

Pada sidang kemuncak di Brussels, 28 pemimpin EU menawarkan sokongan penuh mereka, bersetuju bahawa “berkemungkinan besar Persekutuan Russia bertanggungjawab dan tidak ada penjelasan alternatif yang munasabah ke atasnya.”

“Beberapa negara anggota sedang mempertimbangkan untuk mengusir diplomat Russia atau memanggil pulang diplomat negara itu,” kata pegawai EU.

Moscow dengan tegas menafikan sebarang pembabitan tetapi London sudah mengenal pasti bahan kimia yang digunakan sebagai Novichok yang direka oleh Soviet.

Related Articles

Leave a Reply