Home PolitikBarisan Nasional Dua maut di pasaraya Perancis

Dua maut di pasaraya Perancis

by Noor Sheila Amin

Trebes, Perancis 24 Mac – Sumber keselamatan memaklumkan, sekurang-kurangnya dua maut selepas penyerang yang setia kepada militan Daesh melepaskan tembakan dan menahan tebusan di pasaraya Super U kira-kira jam 11.15 pagi di bandar Trebes, Perancis.

Sumber keselamatan memaklumkan, kedua-dua mangsa terbunuh dalam serangan itu.

Terdahulu, seorang anggota polis ditembak di bandar Carcassonne, 15 minit perjalanan dari lokasi insiden tebusan, pada jam 11.00 pagi namun tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua kejadian berkaitan.

Di Trebes, seorang lelaki memasuki pasar raya Super U kira-kira jam 11.15 pagi dan tembakan kedengaran.

Seorang saksi melaporkan beliau melaungkan ‘Allah Maha Besar’ sebelum memasuki premis itu.

Pejabat pendakwa raya awam berkata, kejadian itu disiasat sebagai serangan pengganas.

Related Articles

Leave a Reply