Home Semasa TN 50 dan Kuasa Raja-raja Melayu: Kekal relevan!

TN 50 dan Kuasa Raja-raja Melayu: Kekal relevan!

by M.Daim

Bangi, 22 Mac – Satu forum siri wacana ATMA diadakan di Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia semalam. Forum yang dihadiri kira-kira 500 orang hadirin itu menyentuh bertajuk Kuasa Raja-raja Melayu: Antara Perlembagaan dan Warisan dalam Rangka TN50.

Ahli panel forum yang hadir ialahHj Mohd Bokhari Abdullah, Mejar (B) Hj Mior Rosli Mior Jaafar, dan Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain.

7 Wasiat Raja-raja Melayu turut bergema di siri Wacana ATMA UKM.

Antara persoalan yang disentuh adalah mengenai tahap kesedaran masyarakat mengenai Institusi Raja-raja Melayu pada masa kini, kedudukan kuasa Raja-raja Melayu dengan kuasa pemerintah dalam memulihara 7 perkara yang termaktub dalam Wasiat Raja-raja Melayu serta keberadaaan Raja-raja Melayu dalam Transformasi 2050.

Majlis ini turut dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebagai tetamu jemputan khas.

Menurut Tan Sri Syed Danial, beliau yakin bahawa kuasa raja-raja Melayu akan kekal dalam perlaksanaan Transformasi Nasional 200 (TN50). Kuasa raja termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan terangkum dalam Rukun Negara.

Kuasa Raja-raja Melayu sewajarnya dipertahankan oleh kerajaan dalam menuju ke matlamat TN50.

Tambah beliau, institusi raja-raja sudah lama bertapak di negara ini dan raja dan rakyat berpisah tiada. Tegas beliau, kesetiaan rakyat Malaysia kepada raja adalah berbeza dengan Amerika Syarikat serta negara-negara republik yang lain. Ini kerana Amerika Syarikat dan negara-negara republik lain adalah kepada bendera.

“Percayalah, raja akan melindungi rakyat, agama dan negara selama-lamanya,” kata Tan Sri Syed Danial kepada media selepas forum.

Mejar (B) Mior Rosli hadir memberikan fokus mengenai peranan institusi Raja-raja Melayu dalam Angkatan Tentera

Sementara itu, Mejar (B) Mior Rosli turut optimis bahawa kuasa Raja-raja Melayu tetap dikekalkan dalam TN50.

“Segala isi kandungan 7 Wasiat Raja-raja Melayu kita boleh dapati dalam Perlembagaan dan Rang Undang-undang Negara,” kata beliau ketika membentangkan dalam forum tersebut.

Dalam forum tersebut, Mejar (B) Mior Rosli menekankan peranan Insitusi Raja-raja Melayu dalam Angkatan Tentera khususnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

“Yang di-Pertuan Agong turut berperanan sebagai Pemerintah Tinggi Angkatan Tentera Malaysia sentiasa melindungi rakyat seperti pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 2013,” kata beliau.

“Sebagai rakyat, kita juga perlu bersatu untuk mempertahankan institusi raja dari sebarang ancaman,” tegas beliau.

Penerbit Ekekutif Dinasti Terata Publication Sdn Bhd, Mohd Bokhari Abdullah pula berkata, keselamatan dan kemakmuran

Penerbit Ekekutif Dinasti Terata Publication Sdn Bhd, Mohd Bokhari Abdullah pula berkata, keselamatan dan kemakmuran negara adalah hasil kebijaksanaan raja melindung kedaulatan negara menerusi Angkatan Tentera Malaysia.

negara adalah hasil kebijaksanaan raja melindung kedaulatan negara menerusi Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, Panglima ATM dan Panglima-panglima Tentera dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, malah Rejimen Askar Melayu Diraja yang ada adalah melindung kepentingan Melayu.

Beliau turut menyatakan bahawa banyak parti politik yang menghasilkan manifesto pilihanraya mereka terlalu menumpukan kepada pembelaan rakyat tetapi lupa bahawa mereka turut dinaungi oleh kuasa raja.

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata TN50 perlu merangkumi konsep, skop dan bidang kuasa Raja-raja Melayu.

Mohd Bokhari turut mencadangkan parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 perlu memasukkan ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dalam manifesto mereka. Langkah ini dapat mengukuhkan ketaan pemimpin parti kepada institusi raja dan mampu untuk memperhebatkan lagi penyokong mereka untuk menjiwai manifesto berkenaan.

Ketua Lajnah Kajian Strategik Ittihad, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata TN50 perlu merangkumi konsep, skop dan bidang kuasa Raja-raja Melayu dan ini adalah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, kuasa raja-raja bukan sahaja perlu dipertahankan malah perlu diperkukuhkan dalam pembangunan negara.

 

Related Articles

Leave a Reply