Home SemasaGlobal Myanmar bina Pagar berduri, tanam periuk api untuk sambut Rohingya pulang

Myanmar bina Pagar berduri, tanam periuk api untuk sambut Rohingya pulang

by Noor Sheila Amin

Cox’s Bazar, Bangladesh, 21 Mac – Myanmar memperkukuh kawalan sempadannya dengan memasang pagar kawat berduri yang ditanam dalam konkrit, menempatkan tentera dan memasang periuk api bagi menghalang pelarian Rohingya pulang ke negara itu sepanjang 250 km di sepanjang sempadan bangladesh.

Menurut laporan Wall Street Journal, seorang profesor di Kolej Perang Kebangsaan di Washington, Zachary Abuza, berkata: “Mereka berasa sudah berjaya menghalau sejumlah besar Rohingya dan kini mahu menjadikan kepulangan etnik berkenaan amat sukar.”

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi, menyatakan pelarian Rohingya dibenar pulang jika dapat membuktikan mereka berasal dari negara itu.

Namun, ia menolak ratusan daripada 8,000 pemohon.

Di perkampungan Rohingya di Rakhine yang sebahagian besarnya sudah musnah, kerajaan Myanmar menyatakan ia sedang membina penempatan baru untuk Rohingya, namun agensi kemanusiaan menyatakan ia adalah kemudahan tentera.

Februari lalu, Parlimen Myanmar meluluskan AS$15 juta (RM59 juta) bagi membina pagar di sempadan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya dua Rohingya kehilangan kaki akibat terkena periuk api.

Related Articles

Leave a Reply