Home SemasaGlobal Pesawat Apache Terhempas

Pesawat Apache Terhempas

by Noor Sheila Amin

Manila, 18 Mac –  Superintenden Julio Lizardo memaklumkan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk tiga kanak-kanak maut selepas pesawat kecil Piper 23 Apache terhempas di atas rumah di utara ibu negara Filipina semalam.

Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat Lite Air Express itu terhempas sejurus berlepas dari Plaridel, menyebabkan semua lima penumpangnya maut selain tiga kanak-kanak, ibu dan nenek mereka di dalam kediaman terbabit.

Ketika nahas, pesawat itu yang turut membawa dua juruterbang dalam penerbangan ke Laoag di barat laut Luzon.

Insiden berlaku sebaik pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang kecil berhampiran,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP), Eric Apolonio.

Semua pesawat dikendalikan Lite Air Express digantung sementara siasatan diselesaikan, katanya.

Related Articles

Leave a Reply