Home SemasaGlobal Rakyat Indonesia boleh dipenjara kritik ahli politik

Rakyat Indonesia boleh dipenjara kritik ahli politik

by Noor Sheila Amin

Jakarta, 17 Mac – Undang-undang baru yang memperuntukan rakyat Indonesia boleh dipenjarakan sekiranya mengkritik ahli politik negara itu di bawah undang-undang baru yang berkuatkuasa pada 15 Mac 18. Tindakan juga akan diambil atas apa jua kritikan sebagai langkah utama untuk negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu, namun tidak disokong oleh presiden Indonesia, Joko Widodo yang enggan menandatangani undang-undang kontroversi itu.

Menurut laporan AFP, tuduhan terhadap sesiapa yang “tidak menghormati parlimen atau ahli-ahlinya” tetapi tidak menetapkan syarat penjara minimum atau maksimum telah mendapat sokongan oleh 560 ahli pada bulan lepas.

Beratus-ratus penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di luar Mahkamah Konstitusi di Jakarta pada Khamis 16 mac 18, supaya menyeru kerajaan agar membatalkan undang-undang tersebut.

Jurucakap mahkamah berkata ia telah menerima tiga petisyen yang mencabar undang-undang, tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum ia membuat keputusan.

Sebarang penyiasatan ahli parlimen perlu diluluskan oleh Majlis Etika di bawah undang-undang baru, yang boleh menyekat siasatan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah yang kuat di Indonesia.

Tahun lepas, kerajaan mengeluarkan keputusan membenarkan negara melarang kumpulan yang menentang ideologi negara rasmi.

Related Articles

Leave a Reply