Home Pertahanan dan Keselamatan MENHAN: Pangkalan Udara Sendayan menjadi penanda aras pembangunan kem

MENHAN: Pangkalan Udara Sendayan menjadi penanda aras pembangunan kem

by M.Daim

Sendayan, 16 Mac – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir ke Majlis Perasmian Pangkalan Udara Sendayan pada hari ini.

Bagi Menteri Pertahanan, terlalu banyak aspek yang diambil kira dalam pembangunan ATM terutamanya aspek kebajikan.

Beliau berasa berpuas hati dengan kejayaan projek Pangkalan Udara Sendayan, yang merupakan pangkalan udara terbaharu TUDM. Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Pangkalan Udara Sendayan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dato’ Seri Hishammuddin percaya kehadiran Pangkalan Udara Sendayan adalah bertepatan dengan masanya dan mempunyai keluasan 3 kali ganda berbanding Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Ini bersesuaian dengan matlamat untuk menjadikan Pangkalan Udara Sendayan sebagai Pusat Latihan TUDM yang terbesar di negara ini.

Perasmian Pangkalan Udara Sendayan sekaligus menutup tohmahan mengenai proses pembangunan ATM dan juga menolak spekulasi bahawa kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pertahanan tidak mempunyai belanjawan yang mencukupi.

“Janji kita bersandarkan agenda Kebajikan (kepada warga ATM) telah berjaya dipenuhi.”

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Menurut Menteri Pertahanan, agenda kebajikan akan tetap diteruskan dan MIndef serta ATM akan terus membuktikan bahawa keperluan kebajikan anggota ATM berjaya dipenuhi.

Menyentuh kepentingan aspek kebajikan, menurut Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, semangat dan kekuatan semangat anggota ATM tidak ternilai harganya.

Hal-hal berkaitan keluarga (anggota ATM) ini, saya cukup mengambil berat.”

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Aspek Kebajikan bukan sahaja melibatkan kebajikan anggota tentera semata-mata tetapi turut melibatkan ahli keluarga anggota ATM.

“Pangkalan Udara Sendayan boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada pembangunan kem-kem baharu di seluruh negara,” kata Menteri Pertahanan.

Selain daripada Pangkalan Udara Sendayan, Kementerian Pertahanan Malaysia sedang pembinaan kem-kem baharu di dan menaik taraf kem-kem sedia ada di seluruh negara.

Semalam, Pangkalan Udara Kuala Lumpur secara rasminya memulakan proses pemindahan keluar aset, keluarga dan pasukan keluar dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan.

Pemindahan ini melibatkan penempatan Tim Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara ke Sendayan, yang merupakan proses pemindahan fasa kedua. Pemindahan keluar dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur dibuat secara berfasa dan dijadualkan lengkap sepenuhnya pada 30 Ogos 2018.

Selain Sendayan, terdapat 7 lagi lokasi penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur iaitu di Gong Kedak, Butterworth, Kuantan, Subang, Kem Kajang, PDRM Subang dan PDRM Ipoh.

Related Articles

Leave a Reply