Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Perbarisan Perpindahan Permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur

Perbarisan Perpindahan Permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur

by M.Daim

Kuala Lumpur, 15 Mac – Perbarisan Perpindahan Permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah di adakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur petang tadi. Perbarisan yang dianggotai oleh seramai 15 orang pegawai dan 205 orang anggota lain-lain pangkat.

Perbarisan bersejarah ini diadakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai simbolik pemindahan pangkalan udara pertama TUDM yang akan dipindahkan ke Pangkalan Udara Sendayan.

Upacara Penyerahan Bendera Pangkalan Udara Sendayan kepada Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kolonel Mohamad Noh bin Daim merupakan simbolik perpindahan permulaan. Penyerahan bendera ini disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara,  Jeneral Tan Sri Hj Affendi bin Buang. Upacara ini turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohammed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Related Articles

Leave a Reply