Home SemasaGlobal Filipina Menarik Diri Daripada ICC

Filipina Menarik Diri Daripada ICC

by Noor Sheila Amin

Manila, 15 Mac – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengatakan Filipina menarik balik penyertaan negara itu daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang menyiasat dakwaan salah laku presiden itu dalam operasi perang dadahnya.

AFP melaporkan, dalam kenyataan semalam, Duterte berkata: “Saya dengan ini mengisytihar dan memberi notis bahawa Filipina menarik diri daripada perjanjian Rome Statute berkuat kuasa serta-merta.”

Menurut Reuters, pada 8 Februari lalu, ICC memulakan siasatan awal terhadap aduan yang difailkan peguam Filipina, menuduh Duterte dan pegawai kanan beliau atas kesalahan jenayah kemanusiaan ketika perang dadah mengakibatkan ribuan terkorban.

Polis menyatakan hampir 4,000 suspek dadah ditembak mati dalam kempen itu namun pertubuhan hak asasi manusia mendakwa jumlahnya sehingga 12,000 orang.

Filipina menyertai perjanjian Rome Statute pada 2011 ketika pemerintah Presiden Benigno Aquino, membolehkan ICC melakukan siasatan di negara itu.

Duterte sebelum ini mencabar ICC mendakwanya dengan berkata, beliau bersedia dipenjarakan bagi menyelamatkan rakyat Filipina daripada dadah yang memusnahkan negara.

Namun, sejak beberapa minggu lalu, beliau mengubah pendirian, termasuk mengarahkan pasukan keselamatan supaya tidak bekerjasama dengan pasukan penyiasat ICC.

Related Articles

Leave a Reply