Home Semasa Hishammuddin selar ada pihak cuba pecahkan perpaduan Sabah

Hishammuddin selar ada pihak cuba pecahkan perpaduan Sabah

by Air Times News Network

KOTA BELUD, 12 Mac- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar pihak-pihak tertentu yang cuba memecahkan perpaduan masyarakat terutamanya Sabah ketika PRU14 akan datang.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, beliau berkata, mereka ini hanya muncul bermusim dan membuat kenyataan atas kepentingan politik tertentu.

“Bagaimanapun, saya percaya rakyat Sabah tidak akan terpengaruh dengan tindakan mereka ini.

“Menjelang PRU14, ATM dan polis akan melakukan kerjasama sebaik mungkin bagi memastikan rakyat melakukan tanggungjawab (mengundi),” katanya selepas menyaksikan Demonstrasi Keupayaan ATM di Lapang Udara di sini semalam.

Mengulas lanjut, bagi menghadapi PRU14 akan datang, ATM menerusi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dan Cawangan Khas (SB) sentiasa menjalinkan kerjasama perisikan agar anasir luar tidak mengganggu gugat ketenteraman negara.

“Kita juga ada melakukan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa negara jiran bagi memastikan keselamatan negara terjamin,” katanya.

Sebelum itu, beliau bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyaksikan Demonstrasi Keupayaan ATM yang melibatkan 15 aset udara, enam jenis kereta perisai dan 30 penerjun dari pasukan Para, Pasukan Khas Laut dan Pasukan Khas Udara.

Related Articles

Leave a Reply