Home PolitikPakatan Harapan Manifesto PH tidak konsisten

Manifesto PH tidak konsisten

by Nurulhuda

Shah Alam, 9 Mac – Pakatan Harapan (PH) telah melancarkan Manifesto Pakatan Harapan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Manifesto yang merupakan lanjutan kepada kandungan Buku Jingga ketika pembangkang di bawah Pakatan Rakyat telah mengariskan lima teras utama merangkumi 60 janji dalam tempoh lima tahun pemerintahan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Selain sarat dengan janji populis, manifesto tersebut juga dilihat mengitar semula idea 2013 walaupun banyak di antara janji itu sehingga kini tidak ditunaikan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang yang telah dipimpin PKR serta DAP sejak 10 tahun lalu. Begitu juga dalam soal pendidikan, Pakatan Harapan mengariskan penyusunan semula struktur pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya jumlah pembayaran bergantung kepada jumlah gaji peminjam. PH berjanji akan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Manifesto Pakatan Harapan jelas memperlihatkan janji mereka yang tidak konsisten. Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), PH pernah berjanji hendak menghapuskan hutang PTPTN, namun kini PH melancarkan pula penangguhan bayaran PTPTN dan mengikut gaji. Konsistensi di dalam perjanjian merupakan asas yang penting kepada sesebuah parti bagi menyakinkan sokongan pengundi terhadap parti tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply