Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Army4nextG langkah siapsiaga peperangan berteraskan teknologi

Army4nextG langkah siapsiaga peperangan berteraskan teknologi

by Air Times News Network

Port Dickson: Tentera Darat (TD) membangunkan pelan pembangunan strategik dikenali Army4nextG sebagai langkah kesiapsiagaan berdepan perubahan ancaman peperangan masa depan berteraskan teknologi.

Panglimanya, Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, Army4nextG berteraskan teknologi itu membabitkan teknologi maklumat dan komunikasi, kemajuan teknologi persenjataan, pembangunan sumber manusia serta latihan selain pengurusan logistik terancang.

Katanya, pelan itu memberi tumpuan terhadap penubuhan angkatan darat merangkumi elemen tempur, bantuan tempur, bantuan khidmat serta pembangunan modal insan bagi membolehkan warga TD bertindak terhadap sebarang ancaman berbeza.

“Dalam kemajuan teknologi masa kini, adalah penting bagi sesebuah negara mempunyai sebuah ketumbukan tentera yang berkeupayaan mengenal pasti sebarang ancaman.

“Kita yakin, dengan pelan ini warga TD dapat membezakan setiap ancaman yang berlaku, sekali gus membolehkan mereka mengambil tindakan pantas mengikut situasi diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Upacara Perbarisan dan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Beliau berkata, Army4nextG akan memberi fokus kepada risikan dan intelektual untuk mendepani sebarang ancaman dan perubahan persekitaran geo-strategik bagi memastikan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat kekal terpelihara.

“Sebagai langkah peningkatan keupayaan ini, TD berharap beberapa aset perolehan yang diminta dapat ditunaikan.

“Ini termasuk perolehan bagi memiliki meriam Howitzer M109 A5 SPH, meriam 105MM Light Gun (LG) dan enam helikopter penggempur ringan MD530G yang dilengkapi sistem persenjataan terkini termasuk roket dan gattling gun,” katanya.

Zulkiple berkata, perolehan enam helikopter penggempur itu nanti secara tidak langsung memberikan pendedahan dan kemahiran kepada juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) untuk mengendalikan helikopter tempur pada masa depan.

“Buat masa ini, kemajuan pembinaan pesawat itu antara 65 hingga 75 peratus dan TD dijangka akan menerima sekurang-kurangnya dua helikopter ini pada Ogos nanti,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply