Home Pertahanan dan Keselamatan Simposium Alumni Serantau : Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM menjadi tarikan

Simposium Alumni Serantau : Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM menjadi tarikan

by M.Daim

Kuala Lumpur, 28 Feb – Simposium Alumni Serantau (Regional Alumni Symposium ) ke-16 telah berlangsung selama 3 hari di Kuala Lumpur. Dianjurkan bersama oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan US Naval War College, simposium ini menyaksikan kehadiran 75 orang pegawai terpilih dari 12 buah negara serantau yang merupakan bekas pelajar dari institusi yang berusia 114 tahun.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin merupakan salah seorang bekas pelajar US Naval War College.

Penganjuran simposium ini yang buat kali pertamannya di Malaysia merupakan satu penghormatan kepada negara, kata Panglima Tentera Laut dalam sidang akhbar sempena penganjuran simposium tersebut.

Simposium yang memasuki siri ke-16 kali ini bertemakan Memperkukuhkan Kerjasama Maritim, yang memberi mesej kepada kerjasama antara negara dalam menghadapi ancaman semasa dan juga cabaran tidak menenti pada peringkat global.

Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia.

Dalam cabaran semasa; geopolitik dan keselamatan, negara-negara serantau perlu berkerjasama dalam menghadapi cabaran maritim secara bersama. Penganjuran simposium ini adalah selari dengan Teras Diplomasi Pertahanan, yang merupakan salah satu teras yang dipelopori oleh Kementerian Pertahanan Malaysia,

Tan Sri Ahmad Kamarulzaman, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia

Simposium kali ini juga menyaksikan penglibatan 4 orang pegawai dari TLDM yang membentangkan kertas-kertas kerja.

Menurut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman, pihak beliau menerima maklum balas yang positif dalam menyentuh transformasi 15-to-5 TLDM. Transformasi ini menarik perhatian kerana keupayaan TLDM untuk menguruskan dan membangunkan aset dan logistik dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Tan Sri Ahmad Kamarulzaman menambah, pelan Transformasi 15-to-5 bukanlah melibatkan aset semata-mata tetapi merangkumi keseluruhan perspektif dalam TLDM termasuklah pengurusan sumber manusia dan logistik.

Panglima Tentera Laut Malaysia, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman (kiri) bersama Rear Admiral Jeffrey A. Harley, Presiden US Naval War College (kanan).

Presiden US Naval War College, Rear Admiral Jeffrey A. Harley mengulas bahawa beliau dan para peserta simposium tertarik dengan pelan Transformasi TLDM dengan melihat cara pengurusan dan perancangan TLDM dalam menguruskan armada pada satu keadaan semasa yang tidak menentu.

Beliau yang merupakan Presiden ke-56 US Naval War College turut berpuas hati dengan penglibatan peserta simposium yang aktif berbincang serta berkongsi idea.

Rear Admiral Jeff percaya, dialog antara peserta secara tak langsung mampu bercambah kepada satu peringkat kerjasama antara negara-negara peserta pada masa hadapan. Ini terutamanya dalam mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maritim serantau yang secara langsung memberi impak kepada ekonomi global.

Tan Sri Ahmad Kamarulzaman menambah, “Simposium ini adalah satu platform efektif bagi mengadakan perbincangan antara peserta disamping memupuk saling percaya dan kerjasama antara tentera-tentera laut serantau.”

“ Perbincangan dan perkongsian idea adalah antara perkara yang mengambil tempat dalam simposium ini terutamanya dalam menangani ancaman keselamatan maritim serantau serta kerjasama dalam perkara yang melibatkan usaha bantuan kemanusiaan semasa bencana (HADR)”

US Naval War Kolej merupakan satu institusi yang bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk pemimpin, seiring dengan masa depan Tentera Laut disamping memberi sokongan dalam kesiapsiagaan tempur dan juga memperkukuhkan kesiapsiagaan maritim pada peringkat global.

Related Articles

Leave a Reply