Home Pertahanan dan Keselamatan Kecewa segelintir veteran ATM yang menentang kerajaan – Azlan Man

Kecewa segelintir veteran ATM yang menentang kerajaan – Azlan Man

by Air Times News Network

KANGAR, 25 Feb – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man kecewa dengan segelintir veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menentang kerajaan sebaik menamatkan perkhidmatan.

Beliau berkata , lebih mendukacitakan ialah ada antara mereka berpangkat tinggi semasa berada dalam perkhidmatan.

“Mereka sebaiknya menyuarakan perasaan tidak puas hati termasuk memberi teguran dan pandangan, bukan menunjukkan sikap menentang jika benar-benar ingin memperbaiki keadaan,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke 8/2018 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejiman Renjer Diraja (RRD), di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua persatuan itu Abd Rahman Ibrahim dan pengerusi Persatuan Veteran ATM cawangan Perlis, Datuk Idrus Kassim.

Azlan berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat kebajikan bekas anggota ATM dan keluarga mereka samada semasa mereka masih bertugas atau selepas tamat perkhidmatan.

Related Articles

Leave a Reply