Home SemasaGlobal Hampir 200 orang awam terbunuh

Hampir 200 orang awam terbunuh

by Noor Sheila Amin

Damsyik, 22 Feb –  Serangan besar-besaran tentera kerajaan Syria mengorbankan sehingga 190 penduduk di Ghouta, antara bandar terakhir masih dikuasai pemberontak, menjadikannya antara serangan paling buruk menyebabkan korban tinggi orang awam sejak tiga tahun lalu.

Reuters melaporkan kira-kira 127 orang maut dalam serangan udara dan roket pada Isnin, manakala terbaru semalam, sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh, iaitu kematian tertinggi dalam sehari sejak tiga tahun.

AFP memetik pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) Rami Abdel Rahman berkata, 12 kanak-kanak antara mangsa serangan itu.

Ghouta Timur, kawasan kecil dekat Damsyik dikuasai penentang sejak 2012 dan Presiden Bashar al-Assad mengerahkan tentera merampas semula kawasan itu.

Serangan udara berterusan tanpa henti sejak tiga hari lalu, bersama bedilan roket dan meriam ke beberapa kawasan di Ghouta timur, menyebabkan pemerhati menjangka pasukan darat akan menyerbu bandar berkenaan.

 “Tentera rejim mengebom Ghouta Timur bagi membuka jalan untuk serangan darat,” kata seorang pemerhati.

Berikutan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut serangan udara menyasar penduduk awam di Syria dihentikan segera.

Related Articles

Leave a Reply