Home SemasaGlobal Krisis Maldives: China Menghantar Pasukan Petugas Tentera Laut Ke Lautan Hindi.

Krisis Maldives: China Menghantar Pasukan Petugas Tentera Laut Ke Lautan Hindi.

by Noor Sheila Amin

Maldives, 21 Feb – Kapal perang China telah memasuki Lautan Hindi apabila beberapa buah kapal Frigat Type – 054A (Jiangkai – II), yang merupakan salah satu daripada lebih daripada 21 frigat moden, kapal penyerang amfibia dan kapal tangki sokongan dilihat memasuki Lautan Hindi minggu lalu yang dikerahkan oleh Beijing ke Lautan Hindi. Kehadiran armada itu dilaporkan oleh media Australia.

Kepulauan Maldives berada dalam keadaan krisis perlembagaan yang mana demokrasi kecil secara tradisional telah menjadi sebahagian daripada “pengaruh” India dan Lautan Hindi Timur mempunyai kepentingan strategik penting kepada Australia.

Penganalisis hal ehwal antarabangsa percaya China berada di Lautan Hindi bagi menghentikan India daripada campur tangan diantara hubungan China dan Maldives.

Bekas Presiden Maldives Mohamed Nasheed baru-baru memaklumkan bahawa  negara China telah “membeli Maldives” melalui Presiden Abdulla Yameen berikutan hutang negara yang banyak yang telah menyebabkan penyitaan aset awam seperti pelabuhan.

Rata-rata rakyat Maldives  telah mengecam Presiden Maldives dengan menuduh beliau telah menjual Maldives kepada China yang mendatangkan kemarahan rakyat Maldives sehingga telah mencetuskan tunjuk perasaan pada 5 Feb 18.

Ini telah menimbulkan kerisauan kepada Beijing kerana China telah membuat pelaburan besar dalam projek pelabuhan utama di Maldives dan pembinaan jambatan Persahabatan yang sedang dibina di bandar Male.

Terdapat juga implikasi bagi kempen infrastruktur ‘One Belt, One Road’  yang bertujuan untuk memperluaskan rangkaian ekonomi China dan pengaruh  melalui Asia, Timur Tengah dan seterusnya ke Eropah.

Lautan Hindi menjadi laluan  yang strategik termasuk Selat Hormuz, Teluk Aden dan Selat Melaka yang melalui perairan antara Maldives dan Ceylon, ke selatan India.

Media negara China bangga dengan menguar-uarkan kehadiran kapal tentera lautnya yang baru di Lautan Hindi. China dengan bangganya memaparkan gambar dan video kapal-kapal modennya yang mengisi ruang perairan Lautan Hindi.

Related Articles

Leave a Reply