Home PolitikPakatan Harapan Tiada keikhlasan dalam Harapan

Tiada keikhlasan dalam Harapan

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 20 Feb – Perjuangan PKR, Bersatu dan Amanah melalui Pakatan Harapan sebenarnya berasaskan dendam, marah dan inginkan jawatan sahaja,kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin. Menurutnya, sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memperjuangkan untuk menjatuhkan Tun Mahathir Mohamad dan dan menjadi perdana menteri, maka benda yang sama juga berlaku kepada Amanah sekarang.

“Kalau nak dikatakan berjuang untuk baiki negara, mereka jugalah diantara yang pernah meruntuhkan negara satu masa dulu. “Sama juga dengan isu pengacau, memang kita lawan Umno sejak dulu lagi. Tetapi wujud pula parti kecik yang mahu bertanding di Kelantan, sedangkan parti tersebut tidak punyai ramai ahli. Maka inilah pengacaunya,” katanya.

Menurutnya, tindakan parti pengacau tersebut akan memberi kesan pengundi,  termasuklah penyokong Pas sendiri. Beliau berkata, parti-parti yang ada kini  semuanya tidak berlandaskan islam, dan pernah gagal di peringkat tertinggi. “Dasar  ini mudah sahaja, kalau daun warna hijau, tetapi kita cat biru. lama kelamaan akan jadi hijau jugak, sebab dasar itu berlainan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply