Home SemasaGlobal Kontrak frigat kelas Freedom untuk US Navy

Kontrak frigat kelas Freedom untuk US Navy

by M.Daim

Washington, 19 Feb – US Navy telah menganugerahkan kontrak bernilai USD$15 juta kepada Lockheed Martin bagi memperhalusi rekaan kapal frigat kelas Freedom yang menjadi sebahagian daripada bidaan projek FFG(X).

Lockheed Martin yang merekabentuk kapal frigat LCS kelas Freedom telah berkerjasama dengan firma Fincantieri Marinette Marine dan Gibbs & Cox.

Dalam satu siaran media oleh Lockheed Martin, syarikat tersebut berbangga kerana berupaya untuk membekalkan kapal yang terbaik untuk US Navy. “Kerjasama 15 tahun antara Lockheed Martin dengan US Navy membuahkan hasil,” kata Joe DePietro, Timbalan Pengarah Sistem Tempur dan Kapal Lockheed Martin. “Dibina mengikut standard yang telah ditetapkan oleh US Navy, frigat rekaan Lockheed Martin menawarkan penyelesaian kos rendah dan berupaya untuk memenuhi matlamat US Navy untuk mempunyai armada yang berkeupayaan.”

Lockheed Marti dan Fincantieri Marinette Marine telah pun menyiapkan 5 buah kapal LCS kelas Freedom dan sedang membina 8 buah lagi kapal kelas yang sama.

Rekaan frigat kelas Freedom telah menarik minat Tentera Laut Diraja Arab Saudi untuk memilih rekaan tersebut dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan Kapal Tempur Permukaan Pelbagai Misi (Multi-Mission Surface Combatant).

 

 

Related Articles

Leave a Reply