Home SemasaGlobal Serangan Siber: Bank di India kerugian USD$ 2 juta

Serangan Siber: Bank di India kerugian USD$ 2 juta

by M.Daim

Mumbai, 19 Feb –  Media di India melaporkan salah sebuah bank di negara itu menjadi mangsa serangan siber. City Union Bank melaporkan bank tersebut kerugian hampir mencecah USD$ 2 juta apabila sistem perbankan telah digodam oleh penjenayah siber. Menurut pihak bank, penggodam telah memecah masuk sistem perbankan dan melakukan 3 transaksi penghantaran wang keluar negara melalui platform SWIFT.

Pengarah eksekutif City Union Bank, N. Kamakoti, yang dipetik oleh Reuters menyatakan, setakat ini pihak beliau menolak penglibatan mana-mana staff bank kerana bukti lebih menjurus kepada penglibatan jenayah siber antara bangsa.

Kejadian ini berlaku selepas seminggu insiden melibatkan Punjab National Bank apabila bank tersebut kerugian USD$ 1.7 bilion.

Kamakoti menyatakan bahawa pihak bank akan berkerjasama dengan kerajaan India serta negara-negara yang terlibat untuk menyiasat kejadian tersebut. Beliau menambah, City Union Bank akan mempertingkatkan kekuatan sistem perbankan.

SWIFT bermaksud Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications merupakan sistem penyampaian maklumat oleh bank di serata dunia bagi menyalurkan makluman dan arahan perbankan melalui saluran terkawal. Sistem ini merupakan sistem komunikasi antara bank dan tidak mengandungi sebarang nilai mahupun untuk menyelia akaun. Arahan pembayaran disalurkan melalui sistem SWIFT dan amaun wang akan dikreditkan setelah arahan SWIFT tersebut telah disahkan.

Pihak SWIFT yang berpengkalan di Brussels, Belgium mengesa institusi perbankan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan sistem komputer masing-masing terutamanya selepas Bangladesh Bank kerugian USD$81 juta pada 2 tahun lalu. Dalam kejadian pada Februari 2016, Bangladesh Bank menjadi sasaran penjenayah siber yang mensasarkan sistem komputer bank pusat untuk memindahkan wang.

 

Related Articles

Leave a Reply