Home Pertahanan dan Keselamatan Sasaran tujuh peratus penglibatan kaum India dalam ATM – Dr S. Subramaniam

Sasaran tujuh peratus penglibatan kaum India dalam ATM – Dr S. Subramaniam

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 19 Feb – Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India (CCIC) meletakkan sasaran tujuh peratus penglibatan kaum India dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding 1.6 peratus pada masa ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif CCIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata sasaran itu selaras dengan pengumuman Bajet 2018 yang turut menyasarkan tujuh peratus penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam.

“Kita telah mendapat kerjasama baik daripada ATM dan pada Mac nanti, kita akan melancarkan program khusus bersama mereka bagi pengambilan tentera dalam kalangan masyarakat India, ” katanya yang ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif CCIC bagi Malaysian Indian Blueprint di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata melalui jawatakuasa yang diketuai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, satu program yang dipanggil ‘risk-assessment tool’ (alat penilaian risiko) akan dilaksanakan bagi melihat punca murid-murid India berisiko tinggi terlibat dalam masalah sosial.

“Selepas kita mengenal pasti kumpulan ini dan apa yang mendorong mereka untuk terlibat dengan gejala sosial tersebut, kita akan menjalankan program intervensi untuk memastikan mereka tidak lagi terbabit dalam masalah sedemikian, ” katanya.

Related Articles

Leave a Reply