Home PolitikPakatan Harapan Harapan juga mengharapkan kekuatan….

Harapan juga mengharapkan kekuatan….

by Nurulhuda

RANTAU PANJANG, 17 Feb  – Walaupun pembahagian kerusi masih menjadi perbualan hangat namun Amanah yakin tiada sikap ‘cah keting’ membabitkan parti komponan Pakatan Harapan (Harapan). Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, sudah jadi satu perkara biasa timbul rasa mahu bertanding di kawasan yang dirasakan boleh menang.

Menurutnya, pada peringkat awal akan wujud perbincangan berhubung pemilihan kerusi namun akhirnya semua pihak akan akur dengan selepas pucuk pimpinan membuat keputusan akhir. “Macam di negeri-negeri lain baru-baru ni, pemilihan kerusi menjadi topik hangat tapi akhirnya semua akur.

“Malah walaupun Amanah diberi kerusi yang sikit tapi kita akur sebab kita tahu kekuatan kita di Pantai Timur berbanding di Pantai Barat,” katanya selepas merasmikan Pejabat Amanah Dun Meranti, petang tadi. Hadir sama Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Pengerusi Harapan Rantau Panjang, Dr Wan Shah Jihan Wan Din.

Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, Harapan juga masih mengharapkan kekuatan yang ada pada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Katanya, walaupun beliau tidak sekuat dan sihat dahulu tapi pihaknya yakin pengaruh Mahathir akan menarik sebahagian ahli Umno yang kepada Harapan.

Beliau turut meluahkan harapan, agar Lim kit Siang dapat bertanding dalam PRU 14 ini. Malah katanya, kedua-dua pemimpin ini mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Related Articles

Leave a Reply