Home Semasa Ratusan Penumpang Bas Terkandas di Hentian Duta

Ratusan Penumpang Bas Terkandas di Hentian Duta

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas beberapa jam malam tadi apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta seperti yang dijadualkan.

Ini dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pemeriksaan di bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu yang ditetapkan sejak 8 malam.

“Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain,” katanya pada sidang media mengenai operasi itu di hentian berkenaan.

Che Hasni berkata Op Serkap dari 9 hingga 25 Feb itu dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres.

Related Articles

Leave a Reply