Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM dekati komuniti di Sabah

TLDM dekati komuniti di Sabah

by M.Daim

Sandakan, 14 Februari – Program Penyerahan Komputer di Sekolah 3M telah dilaksanakan oleh wakil Sekretariat Markas ATM, Leftenan Kolonel Zahrullail bin Hidayat kepada Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Zarondin bin Md Amin.

Sumbangan sebanyak 10 buah komputer dari Koperasi Tentera bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan melahirkan anak-anak tempatan yang celik komputer. Turut hadir dalam program ini ADUN Karamunting, YB Leftenan Komander (K) Datuk Charles O Pang, Mejar (K) Datuk Lim Ming Hoo dan Pegawai Memerintah 6 RRD, Leftenan Kolonel Mohd Adlie bin Mohd.

Program yang bertempat di Pulau Berhala itu diakhiri dengan penyerahan KAD RAKAN MARITIM (RAKAM) dan risalah  penerangan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) oleh ADUN Karamunting
dan wakil Markas Wilayah Laut 2 serta kru kapal Gagah Samudera.

Related Articles

Leave a Reply