Home Pertahanan dan Keselamatan Hishammuddin Tinjau Tahap Kesiagaan dan Keselamatan di Sabah

Hishammuddin Tinjau Tahap Kesiagaan dan Keselamatan di Sabah

by Air Times News Network

Tawau, 8 Feb – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat lawatan kerja ke Sabah bermula hari ini.

Lawatan ini bagi meninjau tahap kesiagaan dan keselamatan negara di Sabah khususnya ESSZONE.

Sempena lawatan ini, Hishammuddin telah diberikan Taklimat Operasi di Dewan Utama, Batalion Ke-7 RAMD Kem Kabota, Tawau.

“Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Tentera Malaysia telah dipertanggungjawabkan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara di Sabah khususnya di kawasan ESSZONE Sabah”.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Zulkiple bin Hj Kasim; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan  Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Dato’ Halimi bin Abd Manaf selaku Pengerusi Bersama Teras Kesiagaan; Panglima Angkatan Bersama, Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany.

Related Articles

Leave a Reply