Home Pertahanan dan Keselamatan Harap kuota haji khas veteran ATM ditambah – Hishammuddin

Harap kuota haji khas veteran ATM ditambah – Hishammuddin

by Air Times News Network

IPOH, 2 Feb – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kuota haji khas untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditambah sehingga dua kali ganda tahun ini berbanding peruntukan untuk 400 jemaah tahun lepas.

Beliau berkata hasil hubungan rapat antara kepimpinan peringkat kementerian dengan kerajaan Arab Saudi, beliau yakin permohonan itu dapat dipertimbangkan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berhubung dengan pembelaan kuota haji untuk PDRM (Polis DiRaja Malaysia) sebelum ini.

“Oleh kerana kita mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi termasuk kepimpinan di peringkat kementerian, saya percaya permintaan untuk menambah kuota untuk anggota dan veteran ATM, dengan veteran diberi lebih tumpuan, akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Hospital Veteran ATM dan beramah mesra bersama-sama warga ATM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Tambun di sini, hari ini. –Bernama

Related Articles

Leave a Reply