Home Pertahanan dan Keselamatan 44 pegawai kanan tentera terima Diploma MPAT

44 pegawai kanan tentera terima Diploma MPAT

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Dis. – Sebanyak 44 pegawai kanan anggota tentera yang berpangkat Leftenan Kolenel dan Kolenel menerima Diploma dari Maktab Pertahanan Angkatan Tentera siri 37/2017 (MPAT) hari ini selepas menamatkan kursus pengajian selama setahun.

Majlis penyampaian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum yang berlangsung di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di sini.

“Majlis penyampaian diploma tersebut merupakan satu manifestasi perjuangan tentera untuk terus menambah ilmu walaupun masih dalam perkhidmatan ,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat (TD), Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim serta Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Kursus berkenaan turut disertai 10 anggota tentera dari luar negara selain daripada 18 pegawai Tentera Darat Malaysia (TD), tujuh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tujuh Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan masing-masing seorang dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pada majlis berkenaan, Komander Mohd. Yusri Yusoff dipilih sebagai peserta kursus terbaik keseluruhan manakala Leftenan Kolenel Goh Wee Tiong dari Singapura dipilih sebagai peserta kursus terbaik(bukan ATM).

Related Articles

Leave a Reply