Home Pertahanan dan Keselamatan Mohon Kad Veteran Untuk Layak Dapat Kemudahan

Mohon Kad Veteran Untuk Layak Dapat Kemudahan

by Air Times News Network

KANGAR, 29 Okt – Setiap bekas tentera perlu memohon kad veteran tentera bagi mempermudahkan urusan mereka mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan.

Anggota Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail berkata dengan memiliki kad berkenaan, setiap bekas anggota tentera layak mendapat kemudahan antaranya Bantuan Bakti Negara (BBN), rawatan percuma di hospital kerajaan dan tambang kereta api separuh harga.

“Mereka yang memohon kad itu dikehendaki menjadi anggota persatuan dan bagi bekas tentera tidak berpencen boleh menjadi anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kad veteran kepada 80 veteran tidak berpencen Perlis di Pusat Khidmat Parlimen Kangar dekat sini Jumaat.

Katanya setakat ini, kira-kira 600 veteran tentera tidak berpencen di Perlis menjadi anggota PVATTBM cawangan Perlis berbanding keseluruhan anggota tidak berpencen lebih 3,000 orang di negeri ini.

Related Articles

Leave a Reply