Home Semasa Lebih Wang Dalam Saku Rakyat Dengan Pengurangan Cukai – Salleh

Lebih Wang Dalam Saku Rakyat Dengan Pengurangan Cukai – Salleh

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Pengurangan cukai pendapatan individu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 akan membolehkan rakyat mempunyai lebih wang dalam saku mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Wang lebih itu akan menyumbang balik kepada ekonomi menerusi penggunaan. Dan akhirnya perniagaan juga akan memperoleh lebih banyak wang,” katanya dalam catatan di blog beliau.

Bajet 2018 telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Salleh, yang juga bendahari UMNO berkata, fokus perdana menteri adalah tentang bagaimana untuk membantu golongan memerlukan dan pada masa yang sama memastikan akaun seimbang agar negara masih mampu menjana pendapatan mencukupi untuk memacu pembangunan.

“Kerajaan perlu seimbangkan di antara aliran masuk dan aliran keluar dan bukan mengurangkan aliran masuk dan meningkatkan aliran keluar,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply