Home Politik Perbalahan UMNO, PAS tidak selamanya – Anuar Musa

Perbalahan UMNO, PAS tidak selamanya – Anuar Musa

by Air Times News Network

PULAU PINANG, 4 Okt – Perbalahan politik membabitkan dua parti Islam dan orang Melayu utama di negara ini iaitu UMNO dan Pas tidak bersifat selamanya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Anuar Musa berkata, beliau secara peribadi yakin sampai masanya kedua – dua parti akan berbaik demi kekuatan umat Islam.

Ujar beliau, pertelingkahan membabitkan UMNO dan Pas sebelum ini bukan tercetus di sebabkan oleh perbezaan dasar namun lebih kepada soal peribadi.

“InsyaAllah, sampai masanya akan berbaik kerana kita diikat oleh agama Islam.

“Apabila orang Melayu bermuafakat, ia akan membuka peluang untuk mendapatkan kuasa politik,” katanya ketika berucap program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran UMNO Balik Pulau di sini malam ini.

Related Articles

Leave a Reply