Home Pertahanan dan Keselamatan Kumpulan Terakhir Malbatt 850-4 Tiba Di Tanah Air

Kumpulan Terakhir Malbatt 850-4 Tiba Di Tanah Air

by Air Times News Network

Subang, 26 Sept – Kumpulan terakhir Malaysian Battalion 850-4 (Malbatt 850-4) tiba di tanah air selepas menamatkan misi pengaman selama setahun di Lubnan.

Kumpulan 291 orang itu tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada 4.15 petang dan disambut Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar.

Turut bersama kumpulan itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum yang membuat lawatan kerja Malbatt selama seminggu di Kem Marakah, Lubnan bermula 19 Sept lepas.

Kumpulan itu merangkumi 76 pegawai dan 215 anggota lain-lain pangkat termasuk tiga pegawai dan 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kontinjen Malbatt 850-4 yang keseluruhannya dianggotai 850 anggota memulakan misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) pada 21 Sept tahun lepas dan menamatkan perkhidmatan pada Khamis lepas (21 Sept).

Related Articles

Leave a Reply