Home Semasa Tragedi Tahfiz: PPIM Serah Rakaman CCTV

Tragedi Tahfiz: PPIM Serah Rakaman CCTV

by Air Times News Network
https://www.facebook.com/harianmetro/videos/10155736203597052/

KUALA LUMPUR, 15 Sep – Rakaman daripada lebih 16 kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat telah diserahkan kepada polis.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang terletak berseblahan sekolah tersebut menyerahkan video tersebut untuk membantu siasatan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dalam sidang akhbar pada Jumaat bahawa terdapat kelibat beberapa orang merayau di sekitar kawasan tersebut, namun pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

Nadzim turut menggesa agar undang-undang yang lebih ketat dilaksananakan bagi mengelak tragedi sama berulang.

“Ada yang kata ini sudah takdir, tapi tanpa undang-undang yang betul seolah-olah kita yang menjemput takdir itu,” katanya.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, hasil rakaman CCTV menunjukkan ada kelibat seorang lelaki telah memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz tersebut.

Beliau menyatakan kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.

“Suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.”

“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.

“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media yang sama Jumaat tadi.

Related Articles

Leave a Reply