Home Semasa 21 das tembakan meriam

21 das tembakan meriam

by Air Times News Network

Alor Setar, 12 Sept – Dua puluh satu das tembakan meriam dilepaskan sebagai pemakluman kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam tepat, 7 pagi tadi.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian disemayamkan di Balai Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit, bagi istiadat bersiram bermula 8.30 pagi, sebelum dikafan dan disolatkan.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit untuk solat jenazah yang diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang dan disertai 22 pelajar Maahad Tahfiz Al Wusth Gua Chempedak.

Istiadat penghormatan terakhir bagi rakyat jelata ditetapkan pada 11 pagi, sebelum disusuli sesi khas untuk orang kenamaan serta delegasi asing bermula 12.30 tengah hari.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan diiring menggunakan Pedati Diraja ke Makam Diraja Langgar dengan diiringi 89 das tembakan meriam yang ditetapkan mengikut umur baginda.

Dua kumpulan pengusung membabitkan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara dan Polis Diraja Malaysia akan mengiringi almarhum.

Related Articles

Leave a Reply