Home PolitikBarisan Nasional Lebih 30,000 Veteran Umno Kelantan Bantu BN Menang PRU14

Lebih 30,000 Veteran Umno Kelantan Bantu BN Menang PRU14

by Air Times News Network
JELI – Lebih 30,000 anggota veteran UMNO Kelantan bersedia untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 3 Sep lalu.

Beliau berkata pihaknya memerlukan dan menghargai penglibatan anggota veteran kerana mereka mempunyai pengaruh dan banyak jasa kepada masyarakat sekali gus dapat menarik pengundi menyokong UMNO dan BN.

“Kita telah meminta veteran UMNO Kelantan mengadakan pelbagai program bagi mendekati masyarakat kerana mereka merupakan kekuatan parti bagi menyebarkan pengaruh dan kepercayaan masyarakat kepada perjuangan parti,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan program merdeka raya dan pelancaran gerak kerja Veteran UMNO Kelantan bagi menghadapi PRU14 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Mohd Rozali Isohak.

Mustapa berharap melalui kerjasama yang padu daripada golongan veteran dan sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan memperkuatkan usaha BN untuk kembali menguasai negeri ini pada pilihan raya umum tersebut.

Kelantan kini dikuasai kerajaan negeri pimpinan PAS sejak 1990.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply