Menurut Pejabat Perdana Menteri, beliau yang merupakan rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Ketua Pengurus Negara di Allianz Malaysia Berhad akan menggantikan tempat Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

“Beliau adalah ahli felo Institut Insurans Malaysia dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun di dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.