Menurut baginda, institusi ketenteraan tidak boleh mengambil tindakan yang memudaratkan imej serta kewibawaannya sebagai sebuah organisasi unggul dan mulia.

“Dalam perkembangan politik masa kini, setiap anggota tentera perlu sedar perubahan sentiasa berlaku dalam apa jua keadaan.

Parti politik datang dan pergi namun institusi ketenteraan sentiasa wujud untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama,” titah baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah pada sambutan ulang tahun ke-60 peringkat rejimen tersebut di Kampung Gial, petang semalam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah anggota tentera hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta profesiona. – BERNAMA