Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perkara itu disahkan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa, hari ini.

“Doktor forensik turut mengesahkan punca kematian bayi itu ialah disebabkan kecederaan di bahagian kepala. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana kecederaan itu boleh berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja Menteri Besar, Selangor Amirudin Shari ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Fadzil dalam pada itu menolak dakwaan yang menyatakan bayi itu maut akibat tersedak susu kerana hasil bedah siasat tidak menemukan sebarang susu di kerongkong mangsa.

Beliau bagaimanapun menolak untuk mengesahkan kematian bayi malang itu akibat didera kerana siasat lanjut masih lagi dijalankan.