Ketibaan Sultan Ibrahim itu disambut oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk  Azmi Rohani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Ketibaan Sultan Ibrahim disambut dengan tarian singa sebelum baginda berkenan menggaul yee sang dan memulakan majlis santapan di dalam dewan tersebut.