Pada masa sama, isteri suspek yang berusia 32 tahun turut direman dalam tempoh yang sama untuk membantu siasatan.

Sementara itu, lelaki terbabit dan isterinya diwakili peguam, Shanmuham Ganesan.

Kes yang membabitkan pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 395/39 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

Seorang lagi rakan suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu yang dikenali sebagai Muhammad Asmuhairyl Abas berusia 20 tahun masih bebas dan diburu polis.

Semalam, ibu kepada salah seorang lelaki yang dikatakan menyamun di sebuah dobi layan diri dan sebuah kedai runcit 24 jam telah menyerahkan sendiri anaknya kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya turut menahan isteri lelaki itu manakala seorang rakannya yang dipercayai terlibat dalam dua kejadian samun dalam tempoh tempoh  selang 15 minit masih diburu.