Bagaimana tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Md. Nor.

Mohd. kemudiannya menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes serta penyerahan laporan kimia dan perubatan.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri dan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Pada Rabu lalu, seorang Pembantu Tadbir, Zaimah Mahmod, 57, yang juga seorang ibu tunggal mati dicekik dan ditikam dalam sebuah setor kolej terbabit selepas suspek dikatakan berang kerana diejek mempunyai skandal.