GENEVA, 18 Ogos – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Kofi Annan meninggal dunia hari ini, pada usia 80 tahun selepas dilaporkan sakit, kata pihak yayasan.
“Dengan rasa dukacita Yayasan Kofi Annan dan seluruh ahli keluarga mengumumkan bekas Setiausaha Agung PBB dan pemenang Nobel Keamanan meninggal dunia, hari ini, 18 Ogos selepas mengadu sakit,” kata yayasan itu dalam satu kenyataan.
Annan, warga negara Ghana, meninggal dunia di hospital di Bern, Switzerland, awal pagi, hari ini, kata dua individu yang rapat dengan mendiang. – AFP/Reuters