Myanmar ketika ini berdepan kritikan antarabangsa selepas mengenakan hukuman penjara selama tujuh tahun ke atas dua wartawan Reuters berhubung laporan mereka mengenai pembunuhan komuniti etnik Rohingya Islam.

Laporan terbaharu daripada pejabat hak asasi manusia PBB itu secara jelasnya mengutuk ‘pelaksanaan undang-undang mahkamah dan kerajaan Myanmar yang disifatkan sebagai kempen politik terhadap kebebasan kewartawanan’.

Malah, PBB juga mengecam kegagalan badan kehakiman Myanmar untuk menjalankan perbicaraan kes yang adil bagi kedua-dua wartawan tersebut.

Pada 3 September lalu, Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, melanggar Akta Rahsia Rasmi era penjajah ketika mereka me­ngumpul dan memperoleh dokumen rahsia. – AFP