Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga merupakan sesuatu yang positif kepada kempen Anwar.

“Alhamdulillah kita memang rasa bangga dan terharu kerana Mahathir sebagai Perdana Menteri selalunya tidak datang kempen Pilihan Raya Kecil namun dia pilih untuk datang ke Port Dickson untuk beri sokongan  dan kempen kepada saudara Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Karnival Mini Keluarga Bestari di Taman Intan Perdana, di sini.

Mahathir dijadualkan  hadir ke Port Dickson malam esok dan akan bergandingan semula dengan Anwar di atas satu pentas selepas 20 tahun. – Bernama