Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mengesahkan perkara itu berkata, surat perletakan jawatan mereka telah diterima dan akan mengulas lanjut mengenainya dalam satu kenyataan rasmi esok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka kementeriannya di Dataran Gemilang, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Gobind memberitahu, Syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. bersetuju untuk menaja siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menerusi RTM dengan jumlah tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Gobind seterusnya berkata, satu jawatankuasa mengkaji cadangan menggabungkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan ditubuhkan.