Kesemua mangsa dari masyarakat Druze diculik semasa serangan besar-besaran pada 25 Julai lalu di kawasan berkenaan yang menyaksikan lebih 250 orang terbunuh.

Menurut Timbalan HRW Asia Barat, Lama Fakih, penculikan yang dilakukan Daesh itu yang merupakan jenayah perang bertujuan untuk dijadikan umpan dalam rundingan dengan kerajaan Syria dan sekutunya, Rusia.

Beliau berkata, daripada 30 orang yang diculik dua daripadanya telah meninggal dunia dengan seorang penuntut lelaki berusia 19 tahun telah dipenggal kepalanya dan video pembunuhan tersebut telah disebarkan. – AFP