Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, langkah untuk memanfaatkan segala peralatan yang ada perlu didukung oleh segenap lapisan anggota bagi memenuhi keperluan pertahanan negara.

“Kewangan yang terhad bukan alasan untuk kita bersikap sambil lewa terhadap aspek keupayaan pertahanan.

“Konsep penggunaan aset pertahanan secara efektif diyakini mampu untuk menentukan kesiagaan angkatan ini sentiasa berada di tahap yang diharapkan,” katanya ketika berucap dalam majlis Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-26 yang berlangsung di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD) Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan Barat Tentera Darat , Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md. Delin.