Home Semasa Kementerian arah penutupan sementara kompleks sukan

Kementerian arah penutupan sementara kompleks sukan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kementerian Belia Dan Sukan hari ini mengumumkan penutupan sementara fasiliti Majlis Sukan Negara (MSN) dan beberapa Institut Sukan Negara (ISN) berikutan salah seorang atlet negara, Jackie Wong yang disahkan positif wabak novel Koronavirus  (COVID-19) pada 11 Mac lalu.

Menterinya, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, penutupan sementara  MSN dan ISN itu adalah bertujuan untuk proses pembasmian serta sanitasi sepenuhnya.

“Pembasmian tersebut adalah sebagai langkah keselamatan serta kesihatan atlet negara,

“Proses ini dijangka akan mengambil masa 2 ke 3 hari,” kata Menteri Belia dan Sukan.

Menurut Reezal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat dengan atlet tersebut turut diasingkan.

“Mereka juga dinasihatkan untuk di kuarantin di asrama, menjalani ujian pemeriksaan suhu badandan mengikut segala arahan yang dikeluarkan KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

Leave a Reply